Love is Blind


Entri kali ini mungkin tiada kaitan dengan entri² sebelum'nya. Love is Blind. Kalau dalam bahasa Melayu'nya adalah Cinta itu Buta. Ya, aku akui mungkin ada yang setuju dan ada juga yang bangkang pendapat aku ini.

Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang. Aku bercakap bukan hanya omongan kosong tetapi aku bercakap berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman hidup selama 18 tahun di muka bumi ciptaan Allah ini.




Oh ya, sebelum aku meneruskan warkah ini. Aku ingin mengingatkan diri aku dan juga kamu yang membaca. Jangan kerana cinta kita hilang pertimbangan dan jangan kerana cinta kita terjebak dalam sebuah kehidupan yang penuh noda.

Ingin aku meneruskan penulisan warkah picisan ini dengan sebuah ayat. 'Tanpa pengorbanan, cinta itu sia-sia'. Ya! Memang aku setuju dengan ayat tersebut, tetapi 'pengorbanan' itu mempunyai banyak maksud. Ramai remaja sekarang yang tersilap dengan word 'pengorbanan' itu. Seperti contoh yang dapat kita lihat sekarang, pasangan bercinta kini jika ditanya sama ada pernah terlanjur atau tidak? Lebih 80% yang akan mengakui bahawa mereka pernah melakukan perbuatan terkutuk itu. Tapi itu'lah, ditanya mengapa dan apakah sebab melakukan perbuatan itu. Kerana sayang. Membuktikan rasa sayang dan rela melakukan 'pengorbanan' kepada pasangan. Kalau difikirkan, itu adalah pengorbanan yang paling BODOH dalam segala macam pengorbanan.!

Masih banyak lagi pengorbanan yang boleh dilakukan tetapi itu'lah. Manusia, terlalu lemah untuk melawan godaan syaitan. Dari satu kisah lagi, sebelum melakukan 'pengorbanan' kepada pasangan kenapa tidak terdetik di dalam hati untuk berfikir sejenak. Adalah pengorbanan yang aku lakukan ini akan membuatkan si dia makin sayang ataupun si dia hanya menjadikan aku sebagai tempat melampiaskan nafsu'nya. Dan apabila terjadi perkara seperti clash, putus cinta, pasangan curang dan sebagai'nya. Jiwa akan menjadi tertekan, fikiran kusut dan akal menjadi singkat. Lalu terjadi'lah kes bunuh diri. Perkara yang paling terkeji di dalam Islam! (lain'lah kalau si bunuh diri itu non-Muslim)

Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah kamu pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan. Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan ingat'lah, Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.

Jadi, sebelum bercinta itu kita haruslah mengenali apa itu cinta dan memahami kebaikan serta keburukan bercinta. Tidak salah untuk bercinta tetapi jangan'lah sesekali hilang'nya cinta kepada yang maha mencintai. Allah S.W.T.. Maafkan aku kerana entri kali ini agak panjang, tetapi ini adalah untuk mengingat diri aku dan juga kamu. Semoga kita mendapat sedikit petunjuk dari-Nya. Amin~

Tahniah! Kepada Yang Berjaya


Tiada ucapan lain selain Tahniah aku ucapkan kepada member² aku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. 10 Mei bersamaan hari Ahad, ramai dikalangan remaja yang berumur 18 tahun mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang ditawarkan. Tidak ketinggalan juga member² aku yang berjaya ke Matrikulasi. Ada antara mereka yang ditawarkan di Kedah, Perak, Pahang dan banyak tempat lagi. Sekali lagi aku ucapkan Tahniah kepada korang.!

Ya, mungkin aku hanya disini. Menanti dan terus menanti sebuah penantian yang tidak pasti. Memang benar kata orang, penantian itu sebuah penyeksaan. Aku disini hanya mampu melihat dan mendoakan kejayaan korang disana. Mungkin 5 atau 10 tahun lagi, korang semua akan melupakan aku. Masing² sibuk dengan bidang serta jalan yang dipilih. Tapi, aku harap sangat perhubungan kawan itu tidak hanya setakat di alam persekolahan je. Walaupun di alam pekerjaan nanti, aku harap kita semua masih lagi mengenali antara satu sama lain.

Oh ya, tidak lama lagi bakal² penuntut universiti akan memulakan langkah mereka untuk kembali berada di arena pembelajaran. Jadi, nantikan entri aku yang akan men'dedikasi'kan sebuah warkah kepada bakal² penuntut universiti pula. (Uitm, UPM, UKM, UM, UIAM dan semua universiti yang ada di Malaysia ini.)

Selamat Hari Ibu. Aku sayang mak!


Tanggal 10 Mei 2009 ini kita semua akan meraikan hari ibu (ops, ibu ayam tidak termasuk ok). Bagi Malaysia, hari ibu akan disambut pada hari ahad ke’dua bulan Mei.

Mungkin sebelum ini kita tidak punya masa untuk bersama ibu tetapi sempena hari ibu ini, apa kata kita luangkan sedikit masa bersama ibu. Ucapkan’lah ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka. Ya, mereka tidak meminta balasan yang besar, mereka juga tidak mendambakan harta yang bertimbun-timbun dan mereka juga tidak memerlukan kemewahan yang diberikan oleh anak-anak. Tetapi, hanya dua perkara sahaja yang mereka inginkan iaitu kejayaan anak-anak mereka serta mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Dewasa ini banyak yang dapat kita lihat berita berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa, anak-anak sanggup menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua. Wahai sahabatku, sanggup’kah kamu berbuat demikian kepada orang tua kamu? Ibu yang melahirkan kita merelakan nyawa’nya diambil jika berlaku apa-apa komplikasi semasa proses melahirkan kita ke dunia yang fana ini. Ibu juga yang menjaga kita sejak lahir. Memberi makan minum serta pendidikan yang sempurna ibarat menatang minyak yang penuh.

Jadi, hargailah dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Disini juga disertakan satu warkah khas berkaitan dengan seorang bernama anak dan ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku….mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan

dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa Aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.

Pelengkap warkah ini, Aku ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada semua ibu yang ada di dunia. Segala pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun. Selamat Hari Ibu Mak!!

[Dengarkan lagu dari Aeman - Buatmu Ibu]



Tentang Aku

Aku. Budak baru belajar. Baru je bertatih dalam dunia blogging ni. Sila beri tunjuk ajar ok. Terima kasih. Sekian buat masa ini. Adios

[page ini akan diupdate dari masa ke semasa]