Selamat Hari Ibu. Aku sayang mak!


Tanggal 10 Mei 2009 ini kita semua akan meraikan hari ibu (ops, ibu ayam tidak termasuk ok). Bagi Malaysia, hari ibu akan disambut pada hari ahad ke’dua bulan Mei.

Mungkin sebelum ini kita tidak punya masa untuk bersama ibu tetapi sempena hari ibu ini, apa kata kita luangkan sedikit masa bersama ibu. Ucapkan’lah ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka. Ya, mereka tidak meminta balasan yang besar, mereka juga tidak mendambakan harta yang bertimbun-timbun dan mereka juga tidak memerlukan kemewahan yang diberikan oleh anak-anak. Tetapi, hanya dua perkara sahaja yang mereka inginkan iaitu kejayaan anak-anak mereka serta mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Dewasa ini banyak yang dapat kita lihat berita berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa, anak-anak sanggup menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua. Wahai sahabatku, sanggup’kah kamu berbuat demikian kepada orang tua kamu? Ibu yang melahirkan kita merelakan nyawa’nya diambil jika berlaku apa-apa komplikasi semasa proses melahirkan kita ke dunia yang fana ini. Ibu juga yang menjaga kita sejak lahir. Memberi makan minum serta pendidikan yang sempurna ibarat menatang minyak yang penuh.

Jadi, hargailah dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Disini juga disertakan satu warkah khas berkaitan dengan seorang bernama anak dan ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku….mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan

dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa Aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.

Pelengkap warkah ini, Aku ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada semua ibu yang ada di dunia. Segala pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun. Selamat Hari Ibu Mak!!

[Dengarkan lagu dari Aeman - Buatmu Ibu]



0 comments: