Form 6 yang agak 'memalukan'?

Hahaha. Mungkin tajuk entri kali ini agak skeptikal. Tapi begitu’lah hakikatnya bagi mereka² yang berjaya menamatkan SPM tetapi mendapat result yang agak ‘mengecewakan’. Mereka gagal untuk melanjutkan ke IPTA dan tidak mempunyai cukup kos untuk ke IPTS, jadi destinasi yang boleh dituju adalah Form 6.

Bagi sesetengah orang, kembali pada Form 6 merupakan saat yang ‘memalukan’ kerana akan berjumpa dengan guru² yang pernah mengajar semasa tingkatan 5 dahulu.

Guru² ini mungkin merupakan guru yang ‘tidak disukai’ kerana kuat berleter, garang dan macam² perangai lagi. Nasihat² mereka mungkin tidak kita endahkan sehingga result SPM pun agak ‘kurang memuaskan’, lalu berhadapan dengan guru ini semula merupakan saat ‘memalukan’. Jadi ini merupakan salah satu faktor kurang’nya penjejakan kaki semula ke Form 6.. Hahaha

Dan mungkin bagi mereka yang lain sudah bosan untuk ke alam persekolahan kerana terpaksa terikat dengan peraturan serta disiplin ketat yang dikenakan dan ada juga yang muak kerana terpaksa bangun pagi untuk ke sekolah dan menjadi rutin harian untuk berbuat demikian. Hahaha. Kalau masuk universiti mungkin lain la kot. Jadi kepada mereka² yang terpaksa menjejak’kan kaki ke Form 6, diharap banyak bersabar dan semoga sukses. Adios

0 comments: