Love is Blind


Entri kali ini mungkin tiada kaitan dengan entri² sebelum'nya. Love is Blind. Kalau dalam bahasa Melayu'nya adalah Cinta itu Buta. Ya, aku akui mungkin ada yang setuju dan ada juga yang bangkang pendapat aku ini.

Cinta. Benarkah cinta itu buta? Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah cinta. Dan yang malangnya ada yang sanggup mengorbankan jiwa hanya kerana cinta tidak berbalas atau cinta terhalang. Aku bercakap bukan hanya omongan kosong tetapi aku bercakap berdasarkan pemerhatian dan juga pengalaman hidup selama 18 tahun di muka bumi ciptaan Allah ini.




Oh ya, sebelum aku meneruskan warkah ini. Aku ingin mengingatkan diri aku dan juga kamu yang membaca. Jangan kerana cinta kita hilang pertimbangan dan jangan kerana cinta kita terjebak dalam sebuah kehidupan yang penuh noda.

Ingin aku meneruskan penulisan warkah picisan ini dengan sebuah ayat. 'Tanpa pengorbanan, cinta itu sia-sia'. Ya! Memang aku setuju dengan ayat tersebut, tetapi 'pengorbanan' itu mempunyai banyak maksud. Ramai remaja sekarang yang tersilap dengan word 'pengorbanan' itu. Seperti contoh yang dapat kita lihat sekarang, pasangan bercinta kini jika ditanya sama ada pernah terlanjur atau tidak? Lebih 80% yang akan mengakui bahawa mereka pernah melakukan perbuatan terkutuk itu. Tapi itu'lah, ditanya mengapa dan apakah sebab melakukan perbuatan itu. Kerana sayang. Membuktikan rasa sayang dan rela melakukan 'pengorbanan' kepada pasangan. Kalau difikirkan, itu adalah pengorbanan yang paling BODOH dalam segala macam pengorbanan.!

Masih banyak lagi pengorbanan yang boleh dilakukan tetapi itu'lah. Manusia, terlalu lemah untuk melawan godaan syaitan. Dari satu kisah lagi, sebelum melakukan 'pengorbanan' kepada pasangan kenapa tidak terdetik di dalam hati untuk berfikir sejenak. Adalah pengorbanan yang aku lakukan ini akan membuatkan si dia makin sayang ataupun si dia hanya menjadikan aku sebagai tempat melampiaskan nafsu'nya. Dan apabila terjadi perkara seperti clash, putus cinta, pasangan curang dan sebagai'nya. Jiwa akan menjadi tertekan, fikiran kusut dan akal menjadi singkat. Lalu terjadi'lah kes bunuh diri. Perkara yang paling terkeji di dalam Islam! (lain'lah kalau si bunuh diri itu non-Muslim)

Jika kita menghadapi sesuatu masalah, hanya ada 2 cara yang kita patut lakukan. Sama ada kita melawan atau reda.Tetapi sebelum kita reda dengan sesuatu masalah yang kita hadapi adalah lebih baik kita melawan dahulu. Cerita masalah kamu pada orang yang boleh dipercayai, minta bantuan untuk selesaikan, catat atau lakar masalah dan cara penyelesaianya di atas kertas. Dan cuba selesaikan. Dan jika memang sudah tiada jalan untuk menyelesaikanya reda sahajalah akan masalah tersebut kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan ingat'lah, Allah tidak akan sekali-kali membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu hadapi.

Jadi, sebelum bercinta itu kita haruslah mengenali apa itu cinta dan memahami kebaikan serta keburukan bercinta. Tidak salah untuk bercinta tetapi jangan'lah sesekali hilang'nya cinta kepada yang maha mencintai. Allah S.W.T.. Maafkan aku kerana entri kali ini agak panjang, tetapi ini adalah untuk mengingat diri aku dan juga kamu. Semoga kita mendapat sedikit petunjuk dari-Nya. Amin~

Tahniah! Kepada Yang Berjaya


Tiada ucapan lain selain Tahniah aku ucapkan kepada member² aku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. 10 Mei bersamaan hari Ahad, ramai dikalangan remaja yang berumur 18 tahun mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang ditawarkan. Tidak ketinggalan juga member² aku yang berjaya ke Matrikulasi. Ada antara mereka yang ditawarkan di Kedah, Perak, Pahang dan banyak tempat lagi. Sekali lagi aku ucapkan Tahniah kepada korang.!

Ya, mungkin aku hanya disini. Menanti dan terus menanti sebuah penantian yang tidak pasti. Memang benar kata orang, penantian itu sebuah penyeksaan. Aku disini hanya mampu melihat dan mendoakan kejayaan korang disana. Mungkin 5 atau 10 tahun lagi, korang semua akan melupakan aku. Masing² sibuk dengan bidang serta jalan yang dipilih. Tapi, aku harap sangat perhubungan kawan itu tidak hanya setakat di alam persekolahan je. Walaupun di alam pekerjaan nanti, aku harap kita semua masih lagi mengenali antara satu sama lain.

Oh ya, tidak lama lagi bakal² penuntut universiti akan memulakan langkah mereka untuk kembali berada di arena pembelajaran. Jadi, nantikan entri aku yang akan men'dedikasi'kan sebuah warkah kepada bakal² penuntut universiti pula. (Uitm, UPM, UKM, UM, UIAM dan semua universiti yang ada di Malaysia ini.)

Selamat Hari Ibu. Aku sayang mak!


Tanggal 10 Mei 2009 ini kita semua akan meraikan hari ibu (ops, ibu ayam tidak termasuk ok). Bagi Malaysia, hari ibu akan disambut pada hari ahad ke’dua bulan Mei.

Mungkin sebelum ini kita tidak punya masa untuk bersama ibu tetapi sempena hari ibu ini, apa kata kita luangkan sedikit masa bersama ibu. Ucapkan’lah ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka. Ya, mereka tidak meminta balasan yang besar, mereka juga tidak mendambakan harta yang bertimbun-timbun dan mereka juga tidak memerlukan kemewahan yang diberikan oleh anak-anak. Tetapi, hanya dua perkara sahaja yang mereka inginkan iaitu kejayaan anak-anak mereka serta mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Dewasa ini banyak yang dapat kita lihat berita berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa, anak-anak sanggup menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua. Wahai sahabatku, sanggup’kah kamu berbuat demikian kepada orang tua kamu? Ibu yang melahirkan kita merelakan nyawa’nya diambil jika berlaku apa-apa komplikasi semasa proses melahirkan kita ke dunia yang fana ini. Ibu juga yang menjaga kita sejak lahir. Memberi makan minum serta pendidikan yang sempurna ibarat menatang minyak yang penuh.

Jadi, hargailah dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Disini juga disertakan satu warkah khas berkaitan dengan seorang bernama anak dan ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku….mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan

dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa Aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.

Pelengkap warkah ini, Aku ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada semua ibu yang ada di dunia. Segala pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun. Selamat Hari Ibu Mak!!

[Dengarkan lagu dari Aeman - Buatmu Ibu]



Tentang Aku

Aku. Budak baru belajar. Baru je bertatih dalam dunia blogging ni. Sila beri tunjuk ajar ok. Terima kasih. Sekian buat masa ini. Adios

[page ini akan diupdate dari masa ke semasa]

Reunion Ex SIC Student Batch 2008

First sekali aku nak ucapkan tahniah kepada member² aku yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan matrik. Opss. Peringkat maktab mahupun politeknik. (Form 6 pun tahniah gak la. Hehehe).

Banyak kenangan manis pahit suka duka semasa di alam persekolahan dulu. Cheeh. Kepada cikgu² dan kepada pembantu am semua (especially Nusi. Hahaha). Ampun maaf saya pinta.. Dari hujung rambut sampai la hujung bulu betis. Hik3.

Aku harap sangat kita boleh adakan reunion maybe dalam 4-5 tahun akan datang. Time tuh aku jamin korang² semua dah maju dan berjaya dalam bidang yang korang ceburi. Aku juga la yang tah kemana. Iskk. Apa-apapun, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. So aku berdoa sangat agar cita² untuk menjadi bisnessman berjaya tercapai. Cheewah.. Amin~

Oklah, aku rasa sampai sini dulu lah aku membebel. Kalau panjang sangat korang bukan nak baca pun. Hahaha. Sekian buat masa ini. Adios.

Ragam Manusia

Wah3, macam pro je aku taip tajuk macam tuh. Nak kasi gempak sikit. Hehehe. Ok, lets start the story. Chewaah. Manusia sekarang neh ada yang boleh pakai dan ada gak yang sebalik'nya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku yang selama 18 tahun hidup di muka bumi ini, banyak ragam manusia yang dapat dilihat. Kata orang lain manusia lain ragam dan rambut sama hitam tapi hati lain². Bila terpikir, pandai gak orang dulu² mencipta perumpamaan neh. Ngeh3.

Antara ragam manusia yang sangt² menimbulkan ketidakpuasan hati aku adalah manusia yang suka berjanji tapi sangat² liat nak menunaikan janji tuh macam contoh, member aku janji nak jumpa pukul 3 dekat bla.bla.bla.. Tapi pada hari yang dijanjikan aku punya la datang pukul 3 sharp! Tapi tunggu sampai sejam lebih pun tak nampak lagi batang hidung member aku tuh. Bila aku call cakap dah nak sampai dah, kejap²! Tapi hampeh wa cakap luu. Kira macam mulut manis tapi hati macam bangkai.!

Ok lah, ragam manusia yang seterusnya adalah manusia yang pinjam barang aku tapi buat macam harta mak bapak dia punya. Fuhh.. Memang takleh blah la dgn manusia macam neh. Dan lagi satu manusia yang pandai berlakon serta hipokrit. Manusia jenis macam ni memang boleh kasi penyepak juru 14. Hahaha. Contoh manusia macam ni adalah time nak somethings mula la datang merayap melutut dekat kita tapi bila dah senang sikit kita neh dia buat dek je. Hahaha.. Dasar manusia tak sedar dek untung! Fuhh.. Panas beb.

Aku rasa cukup sampai sini dulu luahan kepala hotak aku neh. Kalau panjang sangat kang korang bosan nak baca. Hahaha.. Sekian buat masa ni, lain kali aku sambung lagi. Adios

Form 6 yang agak 'memalukan'?

Hahaha. Mungkin tajuk entri kali ini agak skeptikal. Tapi begitu’lah hakikatnya bagi mereka² yang berjaya menamatkan SPM tetapi mendapat result yang agak ‘mengecewakan’. Mereka gagal untuk melanjutkan ke IPTA dan tidak mempunyai cukup kos untuk ke IPTS, jadi destinasi yang boleh dituju adalah Form 6.

Bagi sesetengah orang, kembali pada Form 6 merupakan saat yang ‘memalukan’ kerana akan berjumpa dengan guru² yang pernah mengajar semasa tingkatan 5 dahulu.

Guru² ini mungkin merupakan guru yang ‘tidak disukai’ kerana kuat berleter, garang dan macam² perangai lagi. Nasihat² mereka mungkin tidak kita endahkan sehingga result SPM pun agak ‘kurang memuaskan’, lalu berhadapan dengan guru ini semula merupakan saat ‘memalukan’. Jadi ini merupakan salah satu faktor kurang’nya penjejakan kaki semula ke Form 6.. Hahaha

Dan mungkin bagi mereka yang lain sudah bosan untuk ke alam persekolahan kerana terpaksa terikat dengan peraturan serta disiplin ketat yang dikenakan dan ada juga yang muak kerana terpaksa bangun pagi untuk ke sekolah dan menjadi rutin harian untuk berbuat demikian. Hahaha. Kalau masuk universiti mungkin lain la kot. Jadi kepada mereka² yang terpaksa menjejak’kan kaki ke Form 6, diharap banyak bersabar dan semoga sukses. Adios

Welcome to my blog.!

Hai2 sekali lagi, aku just nak ucapkan selamat datang ke blog aku neh. Blog yang blur, tah pape, and penuh dengan ke'biolan, Hahaha. Selamat Datang diucapkan sekali lagi. Adios

Bermula'nya sebuah kisah hidup A.K.U

Kata orang, hidup tanpa ber’blogging’ neh ibarat katak duk bawah gelas. Napa aku kata duk bawah gelas dan bukan duk bawah tempurung? Haa. Sebab zaman sekarang aku dapat lihat kemajuan yang makin lama makin bertambah tapi aku je yang tak nak and tak berusaha nak bersama-sama dengan kemajuan tuh. Hahaha.. Jadi aku boleh diibaratkan macam katak bawah gelas.. Kih3

Untuk korunk yang tersesat masuk web blur aku neh. Aku ucapkan berbanyak terima kasih la.. Dari lutut sampai dahi. Keh3. Neh adalah first entri aku kat blog. So aku jamin and aku confirm akan lebih banyak entri yang berguna akan dipublish. Jadi harap sangat’lah korunk leh support aku.. Cehh. Hahaha.. Salam sekian buat masa ini. Adios.